suria

Malaysia harap sambung semula perundingan FTA dengan AS, Australia

KUALA LUMPUR:Malaysia berharap dapat menyambung semula perundingan perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat dan Australia tidak lama lagi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed hari ini.

Mustapa berkata mesyuarat mengenai FTA telah dijadualkan dengan Australia pada Ogos tahun ini.

"Kita telahpun berbincang dengan pihak berkuasa AS dan turut mewujudkan hubungan dengan Australia," kata beliau pada taklimat media selepas menghadiri majlis jamuan tengah hari Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MICCI) di sini.

Menurut Mustapa, pelbagai isu perlu diteliti pada perbincangan FTA dengan AS. Beliau berkata beberapa perkembangan telah dibuat dengan AS berhubung isuisu terbabit semasa mesyuarat peringkat menteri Kumpulan Cairns di Bali, Indonesia barubaru ini. Mustapa berkata Malaysia berharap untuk memeterai FTA dengan New Zealand tahun ini memandangkan hanya beberapa isu teknikal perlu diselesaikan.

"Malaysia akan meneruskan FTA, secara serantau bersamasama dengan rakan Asean dan secara dua hala," kata beliau.

Dengan kesemua usaha ini, Malaysia berhasrat menjadikan dirinya sebagai destinasi pelaburan yang menarik di rantau ini dan juga global, tambah beliau. Mustapa juga berkata yang tahun ini dijangka sukar untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Tahun lepas, sejumlah 859 PKS menjadi pembekal kepada syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat besar, sekali gus menjana jualan terkumpul berjumlah RM893.79 juta, kata beliau.

"Tahun ini, kita bernasib baik jika kita boleh mencapai jualan yang tinggi," tambah beliau.

Pada majlis MICCI hari ini, presiden yang baru dilantik Irene Dorner berkata program mentor MICCI SME sedang dilaksanakan dengan penyertaan lapan syarikat multinasional di peringkat permulaan.

"Untuk 2009, objektif kita ialah untuk mengembang dan mempunyai tidak kurang daripada 20 syarikat multinasional menawarkan mentor PKS di bawah program ini dalam tempoh 12 bulan," kata beliau.

MICCI mengumumkan pelantikan Dorner, yang merupakan timbalan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif HSBC Bank Malaysia Bhd, sebagai presiden pada mesyuarat agung tahunan ke36nya yang diadakan hari ini.

Pelantikan lain termasuklah penasihat dan pengawal kewangan kumpulan Southern Steel Bhd, Knut Herzer, pengarah urusan Nestle Malaysia Bhd, Sullivan O'Carroll dan pengarah urusan Guinness Anchor Bhd, Charles Ireland sebagai tiga naib presiden.

Diasaskan pada 1837, MICCI ialah pertubuhan perniagaan sektor persendirian tertua di Malaysia. Ia mewakili lebih daripada 70 jawatankuasa sektor awam dan swasta dan panel konsultatif, di peringkat persekutuan dan negeri.

MICCI mempunyai keanggotaan hampir 1,000 syarikat antarabangsa dan tempatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain