suria

Osama masih di Pakistan, dakwa CIA

WASHINGTON: Agensi Perisik Pusat (CIA) Amerika Syarikat percaya ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden yang diburu negara itu masih berada di Pakistan.

Sehubungan itu, CIA berharap dapat mengesan kedudukan Osama selepas tentera Pakistan mula mengatasi kumpulan militan di kawasan penempatan puak suku di barat laut - tempat beliau dipercayai bersembunyi.

Pengarah CIA, Leon Panetta memberitahu pemberita selepas ucapan di Kongres semalam, usaha mengesan Osama masih kekal tindakan utama CIA.

"Saya menjangkakan salah satu harapan kami ialah apabila tentera Pakistan semakin bergerak ke depan, bersama operasi kami, kami mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkannya (Osama)," kata Panetta.

CIA telah menambah bilangan pegawai dan mengambil lebih ramai ejen ataupun penduduk tempatan yang boleh memberikan maklumat di Pakistan, kata Panetta.

Di Islamabad, jurucakap Presiden Asif Ai Zardari menolak dakwaan Panetta dan mencabar beliau mengemukakan bukti.

"Kenyataan CIA ini tidak benar. Ini semua khabar angin," kata jurucakap Presiden, Farhatullah Babar kepada Associated Press.

Artikel Sebelum

Artikel Lain