suria

Pesawat tentera udara India terhempas

NEW DELHI: Sebuah pesawat tentera udara India dengan 14 penumpang dilaporkan terhempas berhampiran Arunachal Pradesh, di bahagian hujung timur negara itu semalam.

Antara penumpang tersebut dipercayai enam pegawai tentera udara India, menurut laporan televisyen CNNIBN.

Pesawat tersebut dilaporkan berlepas dari Menchuka di Arunachal Pradesh pada kirakira pukul 2 petang tetapi hilang dari sistem pengesanan radar selepas itu.

Bagaimanapun, butiran kemalangan itu masih samar tetapi menurut laporan televisyen, pesawat itu sedang melakukan penerbangan rutin. BERNAMA

Artikel Lain