suria

Nahas pesawat Air France: 13 mayat ditemui lagi

RECIFE (Brazil): Kru pencari Brazil dan Perancis menemui 13 mayat lagi semalam di satu lokasi di Lautan Atlantik, tempat terhempasnya pesawat Air France Airbus A330 seminggu lalu.

Ketua kawalan udara Brazil, Leftenan Kolonel Ramon Cardoso berkata, sehingga semalam, sejumlah 41 mayat telah ditemui dalam lingkungan zon 1,100 kilometer (700 batu) dari pantai timur laut Brazil.

"16 mayat telah dibawa ke kepulauan Brazil berdekatan iaitu Fernando de Noronha sementara 25 mayat lagi sedang dibawa ke tempat yang sama," kata Cardoso.

1 Jun lalu, pesawat terbabit sedang membawa 228 penumpang dan kru dari Rio de Janeiro ke Paris ketika ia terhempas. AFP

Artikel Lain