suria

Korea Utara hukum penjara 2 wartawan AS 12 tahun

SEOUL: Dua wartawan Amerika Syarikat (AS) dikenakan hukuman penjara 12 tahun oleh mahkamah Korea Utara.

Kedua-dua wartawan berkenaan, Laura Ling dan Euna Lee akan menjalani hukuman masing-masing di penjara buruh.

Agensi Berita Pusat Korea hari ini melaporkan Mahkamah Pusat telah membicarakan kedua-dua mereka dari 4 hingga 8 Jun.

Laporan itu mengesahkan "jenayah berat" telah dilakukan oleh kedua-dua mereka terhadap Korea Utara dengan memasuki negara tersebut.

Tambah laporan tersebut, mahkamah "mengenakan hukuman penjara pemulihan 12 tahun dengan melakukan kerja." AP

Artikel Lain