Asean tidak ada peruntukan untuk singkirkan Myanmar - Dunia | mStar

Asean tidak ada peruntukan untuk singkirkan Myanmar

HANOI: Asean tidak mempunyai peruntukan untuk menggantung atau menyingkirkan Myanmar daripada menganggotai kumpulan 10 negara anggota Asia Tenggara itu, kata Setiausaha Agungnya Surin Pitsuwan.

Katanya tindakan tegas melibatkan keputusan politik perlu dirujuk kepada para pemimpin politik.

"Kita tidak mempunyai peruntukan untuk menggantung atau menolak manamana anggota. Ia perlu dibincangkan oleh para pemimpin," katanya kepada pemberita di luar mesyuarat AsiaEropah (ASEM) kesembilan di sini.

Paling awal para pemimpin akan berhimpun ialah pada Oktober bagi Sidang kemuncak ke-15 di Thailand.

Surin ditanya berhubung kenyataan yang dikeluarkan Kaukus Myanmar Antara Parlimen Asean (AIPMC) untuk menggantung atau mengenakan sekatan ke atas Myanmar jika negara rejim tentera itu terus menahan pemimpin demokrasi dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi.

"Ahli Parlimen AIPMC menggesa Asean supaya berhenti melindungi rejim Myanmar dan sebaliknya mengeluarkan mereka daripada perkumpulan itu sehingga dan kecuali Aung San Suu Kyi dibebaskan dan usaha ikhlas bagi memulakan usaha perdamaian nasional dijalankan, kata AIPMC.

Seruan bagi mengambil tindakan itu dibangkitkan selepas junta membawa Suu Kyi untuk dibicarakan atas tuduhan melindungi seorang lelaki Amerika yang berenang ke rumahnya yang dikawal ketat.

Atas dakwaan itu, Suu Kyi berdepan dengan hukuman tahanan sehingga lima tahun.

Surin yang juga bekas menteri luar Thai berkata kekhuatiran dan kekecewaan berhubung keadaan di Myanmar telah dilahirkan pada peringkat tertinggi bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di peringkat antarabangsa termasuk di ASEM.

"Saya berharap kebenaran akan mengatasi yang lain dengan ketelusan dan langkahlangkah yakin bagi menyelesaikan isu itu, katanya.

Beliau enggan untuk mengesahkan jika Myanmar akan dimasukkan ke dalam kenyataan pengerusi pada penghujung perhimpunan dua hari menteri-menteri luar dari 45 negara itu.

Minggu lepas, Asean mengeluarkan kenyataan yang luar biasa berhubung kebimbangan mengenai tindakan junta tentera Myanmar untuk membicarakan Suu Kyi, dan mengingatkan kerajaan Myanmar bahawa pemimpin Asean mahu Suu Kyi dibebaskan segera.

Ketika ditanya jika beliau telah melahirkan kebimbangan itu dengan Menteri Luar Myanmar Mejar Jen Nyan Win yang berada di sini, Surin berkata beliau tidak berbuat demikian.

"Saya tidak berjumpanya tapi sesetengah menteri mungkin telah berbuat demikian," kata Surin. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain