44 terbunuh dalam majlis perkahwinan di Turki - Dunia | mStar

44 terbunuh dalam majlis perkahwinan di Turki

DIYARBAKIR (Turki): Seramai 44 orang terbunuh dalam satu serangan yang membabitkan penembak bertopeng menggunakan senapang dan grenade di sebuah majlis perkahwinan di Kurdish, tenggara Turki.

Menteri Dalam, Besir Atalay berkata, kejadian pembunuhan yang melibatkan sebahagian besar wanita dan kanak-kanak pada petang Isnin itu adalah yang terburuk melibatkan penduduk tempatan dalam sejarah moden Turki.

Beliau berkata, lapan suspek telah ditahan dalam kejadian itu dan bukti awal menunjukkan serangan tersebut disebabkan oleh dendam antara keluarga dan tiada kena mengena dengan gerila-gerila pemisah Parti Pekerja Kurdish (PKK).

"Pendakwa negeri telah bekerja sepanjang malam, mendengar keterangan saksi. Lapan orang ditahan dan senjata mereka dirampas. Ia difahamkan sebagai dendam kesumat antara dua keluarga," kata Atalay dalam satu sidang media.

Atalay berkata, seramai 44 orang terbunuh dalam serangan itu termasuk 16 wanita dan enam kanak-kanak.

Katanya, mereka yang ditahan dan yang telah terbunuh mempunyai nama keluarga yang sama, menunjukkan ia adalah keganasan antara suku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain