suria

Gaji ketua Kumpulan Macquarie dipotong 99 peratus

MELBOURNE: Ganjaran Ketua Eksekutif Macquarie Group Ltd Nicholas Moore telah dipotong hampir 99 peratus kerana kemelesetan dalam keuntungan dan harga saham bank pelaburan itu.

Ganjaran tahunan Moore bagi tahun fiskal 2009 akan berjumlah A$290,756 (A$1=RM2.53), turun daripada A$26.75 juta di dalam tahun sebelumnya walau pun jumlah itu lebih kepada faedah jangka panjang membabitkan peruntukan saham, lapor Australian Associated Press.

Gaji tunai sepanjang tahunnya kekal kira-kira A$517,600 tetapi komponen berkaitan prestasi jangka pendek merosot kepada A$2.12 juta berbanding dengan A$18.73 juta pada diskal 2008.

Faedah jangka pendek Moore ialah A$2.64 juta, turun daripada A$19.24 juta sebelum ini.

"Paket gaji saya dan kesemua eksekutif berdasarkan keuntungan pertumbuhan ini. Objektif dasar ganjaran kami ialah untuk menjajarkan kepentingan kakitangan dengan pelanggan dan mengekalkan kakitangan utama," kata Moore pada satu sidang media selepas pengumuman keuntungan syarikat itu semalam.

Macquarie, yang mempunyai kepentingan di Malaysia, mencatatkan kejatuhan 52 peratus keuntungan bersih tahunan kepada A$871 juta bagi tahun itu sehingga 31 Mac selepas bank pelaburan terbesar Australia itu mengalami kerugian $2.5 bilion disebabkan krisis kewangan global.

Perbelanjaan kakitangan turun A$1.8 bilion atau 44 peratus, apabila bonus turut dipotong. BERNAMA

Artikel Lain