suria

Pihak berkuasa UAE pasang alat pengimbas terma di lapangan terbang

DUBAI: Pihak berkuasa penerbangan awam Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menempatkan pengimbas terma di lapangan terbang negara itu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak selesema babi.

Menurut laporan akhbar 'The National', langkah menempatkan peralatan bagi membuat saringan kesihatan terhadap penumpang yang tiba turut dilaksanakan di Arab Saudi, Singapura dan Australia.

Akhbar itu memetik Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan UAE Dr Ali Shakar sebagai berkata bahawa pihaknya sedang meningkatkan stok ubat antivirus dan topeng muka bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman wabak itu.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 257 orang disahkan menghidap kes selesema babi sehingga semalam di seluruh dunia sejak wabak itu mula dikesan di Mexico awal minggu ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain