suria

Selesema babi: WHO isytihar tahap amaran 5

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menaikkan tanda paras pandemik selesema babi ke tahap lima - tahap kedua paling tinggi semalam - bermakna ia percaya bahawa jangkitan global wabak itu tidak boleh dielak.

Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan mengisytiharkan tahap lima selepas berunding dengan pakar-pakar selesema dari seluruh dunia.

Keputusan WHO itu kemungkinan membawa saranan pendekatan-pendekatan tambahan di seluruh dunia untuk menangani wabak tersebut termasuk pengeluar vaksin beralih daripada pengeluaran vaksin selesema bermusim kepada vaksin pandemik.

"Semua negara seharusnya dengan segera mengaktifkan pelan-pelan persediaan menghadapi pandemik ini," kata beliau di sini semalam.

Paras lima bermakna sudah wujud jangkitan selesema babi dari manusia kepada manusia sekurang-kurangnya di dua buah negara. Agensi

Artikel Sebelum

Artikel Lain