suria

Wakil Greece ke Asean serah surat pelantikan

JAKARTA: Dimitri Tsikouris, yang dilantik sebagai Duta Greece ke ASEAN, hari ini menyampaikan surat pelantikannya kepada Setiausaha Agung ASEAN Dr Surin Pitsuwan.

Greece menjadi negara kelapan dalam Kesatuan Eropah (EU) yang melantik dutanya dalam pertubuhan 10 negara anggota ASEAN.

Dr Surin dalam kenyataannya di sini hari ini berkata mereka berharap untuk bekerjasama dengan Tsikouris, yang juga Duta Greece ke Indonesia, bagi meningkatkan hubungan ASEANGreece dan ASEANEU.

Menurut Piagam ASEAN, negara bukan ASEAN boleh melantik duta ke ASEAN.

Sebagai salah satu rakan dialog ASEAN, EU telah mengumumkan bahawa 27 anggota negara kesatuan itu akan melantik duta negara masing-masing ke ASEAN.

Pelantikan Greece itu diikuti oleh Belgium, Republik Czech, Denmark, Finland, Perancis, Jerman dan United Kingdom.

Suruhanjaya Eropah juga turut melantik dutanya ke ASEAN. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain