suria

Macam kena sawan, betul ke urutan viral ‘tidur enam saat’ kembalikan kesegaran? Ini penjelasan doktor

Seorang lelaki melakukan rawatan tidur enam saat.

TULAR video seorang lelaki seakan-akan menggelupur ketika bahunya ditekan dengan kuat oleh seorang tukang urut, dipercayai melakukan rawatan tidur enam saat.

Dia bagaimanapun kelihatan tenang dan kembali menarik nafas selepas beberapa saat mendapatkan rawatan berkenaan.

Malah katanya, sepanjang tempoh singkat tersebut dadanya berasa lapang seolah-olah telah mendapat kepuasan tidur.

"Rasa puas sangat, rasa lama tak tidur... lapang terus," ujar lelaki itu.

Menerusi perkongsian di laman X, ramai yang meluahkan rasa bimbang melihat situasi lelaki berkenaan dan beranggapan saluran oksigen telah dihentikan seketika sekali gus membolehkannya 'tertidur'.

Pesakit terbabit mengakui di seolah-olah mendapat tidur yang lama.

Pesakit mengakui di seolah-olah mendapat tidur yang lama.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu yang pernah melakukannya menyatakan rawatan tersebut popular dalam kalangan pelajar dan sering dilakukan di asrama.

Pada masa sama, mereka turut mengakui keberkesanan rawatan tidur enam saat itu dan mendakwa ia mampu menyegarkan sesiapa sahaja yang mendapatkan rawatan tersebut.

Rakaman tular itu kemudiannya mendapat respons daripada pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, Dr Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee yang turut meluahkan rasa bimbang dengan reaksi pesakit .

"Kalau kau tengok, tak perlu jadi doktor pun sebab kau rasa ada perkara tak kena kerana reaksi tu macam tak normal.

"Kalau tengok sekali imbas, pesakit tu tadi lebih kepada tidur atau kena sawan? Aku tak tahu apa fungsi urutan tu tapi aku tak nampak pun tidur tetapi mengerikan," ujarnya menerusi perkongsian di laman TikTok.

Gambar rajah menunjukkan beberapa urat saraf yang terdapat  di bahu.

Gambar rajah menunjukkan beberapa urat saraf yang terdapat di bahu.

Bagi menjelaskan perkara tersebut, Dr Mohd Qarafi memuat naik gambar rajah saraf dan salur darah yang terdapat di sekitar bahu.

Menurutnya, bahagian bahu yang ditekan oleh perawat berkenaan mempunyai banyak urat saraf termasuk saluran darah.

"Terdapat arteri besar di situ yang berfungsi menghantar oksigen ke otak, tetapi kalau berlaku tekanan... korang akan rasa lebih cepat mengantuk berbanding biasa kerana tak cukup oksigen.

"Tapi bahayanya apabila kurang oksigen. Tekanan pada urat saraf itu pula dibimbangi menyebabkan kecederaan yang mengakibatkan lumpuh.

"Apabila bermain pada urat saraf ini, ia secara tidak langsung akan menyebabkan sawan... tak pasti urat saraf yang mana satu, tetapi risiko (sawan) ada di situ," tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain