LAKONAN Aamir Khan menerusi filem PK mendapat pujian ramai apabila aktor itu berjaya membawa wataknya dengan baik. Bagaimanapun siapa sangka di sebalik kejayaan filem berkenaan ada pengorbanan yang terpaksa dilakukan Amir bagi menghidupkan wataknya. Menurut Aamir, 59, dia terpaksa berlari dalam keadaan bogel dalam salah satu adegan filem berkenaan. Adegan Aamir mendapat pujian penonton. Pada awalnya, ketika melakonkan babak tersebut dia mengenakan seluar dalam yang ditampal menggunakan selotip bagi menutup kemaluannya. Bagaimanapun Aamir berasa tidak selesa membuatkan dia lebih rela telanjang bagi memastikan babak berkenaan kelihatan menyakinkan. "Saya perlu berlari dalam adegan tersebut tapi agak susah sebab seluar dalam saya hanya ditampal menggunakan selotip. ARTIKEL BERKAITAN: Wajah disunting promosi parti politik, Aamir Khan buat laporan polis ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan berdepan tindakan undang-undang hina tentera India dalam filem ‘Laal Singh Chaddha’ "Nak berlari dengan cepat tak boleh jadi saya cakap dengan pengarah tanggalkan seluar dalam saya," kongsinya. Katanya itu merupakan pengalaman pertama dia berbogel dan berasa malu sebab tidak biasa dengan perkara tersebut. "Ketika itu terasa aneh, cemas dan malu tapi sebab nak berkerja saya buat saja. Nasib baik filem itu berjaya" katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!