suria

Dengan sedikit kreativiti, oat boleh jadi hidangan paling menyelerakan!

Oat yang disimpan semalaman sangat sedap dimakan ketika sarapan pagi.

MUNGKIN ramai yang tidak gemar makan oat kerana rasanya yang hambar tetapi mungkin lepas ini ia akan menjadi makanan kegemaran anda!

Apa kata cuba buat oat yang disimpan semalaman - Ia bukan sahaja enak tetapi sesuai dimakan ketika sarapan pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Goreng ayam bukan sekadar lumur serbuk kunyit, ini cara betul!

Kreativiti dalam menyediakan oat yang disimpan semalaman tiada had; anda boleh tambah buah-buahan, yogurt atau coklat bagi menambah rasanya.

Bahan-bahannya:

1 cawan oat

1/2 cawan susu

3-5 sudu makan yogurt

1 sudu makan biji chia

1 sudu makan esen vanila

(Bahan oat mangga & strawberi)

1 cawan mangga

1 cawan strawberi

(Bahan oat coklat & pisang)

1 biji pisang

2-3 sudu makan cip coklat

(Bahan beri biru & kacang badam)

1/2 cawan beri biru

2-3 sudu makan kacang badam yang dibelah enam

Cara-cara membuatnya:

Bagi membuat oat mangga dan strawberi, lenyek kasar buah-buahan itu menggunakan garfu.

Kemudian tambahkan bahan-bahan lain termasuk biji chia, oat, esen vanila, susu, yogurt dan gaul rata.

Masukkan adunan itu ke dalam balang dan sejukkan di dalam peti sejuk semalaman.

Ulang kaedah itu dengan dua resepi lain iaitu beri biru & kacang badam serta coklat & pisang.

Oat, Resepi, Kuali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain