suria

Sambil pejam mata boleh siap Nasi Goreng Belacan!

Nasi Goreng Belacan cukup menyelerakan.

SIAPA jer yang tak suka makan nasi goreng? Boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan makan nasi goreng kerana ia bukan sahaja sedap tetapi mengenyangkan.

mStar minggu ini nak berkongsi resepi nasi goreng belacan yang beraroma pasti membuka selera anda!

ARTIKEL BERKAITAN: Goreng ayam bukan sekadar lumur serbuk kunyit, ini cara betul!

Bahan-bahannya:

3 cawan nasi sejuk

3-4 sudu makan minyak

2 keping cendawan cina (direndam, diracik halus)

2 sudu makan lobak dipotong dadu

2 biji telur

(Bahan A - menumis)

30 gram udang kering

4 biji bawang kecil

2 ulas bawang putih

1 sudu makan serbuk belacan

3 biji cili merah

(Bahan B - perasa)

1 sudu makan kicap cair

1/2 sudu makan stok ayam

1/2 sudu makan lada sulah

1/4 sudu makan gula

Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis ke semua bahan (A) sehingga naik bau.

Masukkan pula cendawan cina dan lobak merah. Tumis sehingga layu.

Kemudian masukkan nasi sebelum campurkan semua bahan-bahan (B) dan gaul sebati.

Selepas itu, tolakkan nasi ke bahagian sisi kuali dan masukkan sedikit minyak sebelum pecahkan telur dan gaul rata.

Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Goreng Belacan, Resepi

Artikel Lain