suria

Mudah... Hanya 5 bahan nak buat ubi keledek bersama tuna dan kelapa parut!

Bebola ubi keledek bersama tuna dan kelapa parut bukan sahaja enak tetapi cara membuatnya juga cukup mudah!

BIASANYA pisang goreng, cucur bawang atau karipap pasti menjadi menu ketika menikmati hidangan minum petang.

Apa kata sesekali cuba pula bebola ubi keledek bersama tuna sebagai menu baru. Mudah dan pasti licin dimakan seisi keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Aroma daun nipah penyedap jelurut, rasa seperti tepung pelita

Bahan-bahannya:

200 gram ubi keledek (direbus dan dilenyek)

75 gram tepung gandum

Secubit garam

1 tin tuna cili

60 gram kelapa parut

Cara-cara membuatnya:

Tumis tuna dengan sedikit minyak. Campurkan kelapa parut dan tumis sehingga kering.

Campurkan ubi keledek yang telah dilenyek dengan tepung serta garam. Uli sehingga lembut dan bentukkan menjadi bola sebelum masukkan inti tuna dan kelapa parut.

Goreng sehingga ia keperangan dan sedia dihidangkan. - KUALI

Ubi Keledek, Tuna, Kelapa Parut, Resepi, Kuali

Artikel Lain