suria

Marah dengan spoiler 'Avengers: Endgame' di internet? Bawa bertenang... ini cara menghindarinya

Spoiler filem 'Avengers: Endgame' menimbulkan kemarahan ramai. -foto Marvel

PERTARUNGAN antara Avengers dan Thanos sampai ke kemuncaknya dalam filem 'Avengers: Endgame' yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.

Bagi mereka yang belum sempat menonton filem garapan Marvel Studios ini, 'spoiler' ataupun tukang bocor cerita yang sangat banyak di internet tentu saja dianggap merimaskan.

Ya! Golongan ini memang boleh menimbulkan kemarahan ramai! Mungkin ada yang tak kisah dengannya, tapi kebanyakan peminat tegar filem ini memang anti dengan spoiler.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari S'pura sampai ke Ipoh! Harapan jadi penonton awal Avengers terbantut, “Rakan hairan tengok tiket saya”

Jangan bimbang! Bagi menghindari orang-orang yang menjengkelkan ini, anda mungkin boleh cuba beberapa cara di bawah ini.

Anda masih boleh membuka media sosial dan internet macam biasa, tapi hidup anda aman dari gangguan spoiler!

Tidak semua peminat tegar filem ini berpeluang menonton awal.

Spoiler Protection 2.0

Cara pertama adalah dengan menggunakan Spoiler Protection 2.0 di browser Chrome dan Firefox.

Perisian ini telah diperbaharui untuk melindungi anda daripada spoiler-spoiler yang mungkin akan muncul di mana-mana sahaja di internet menggunakan kedua-dua browser tersebut.

Setelah memuat turun Spoiler Protection 2.0, klik ikon di bahagian atas kanan Chrome dan tambah apa sahaja perkataan berkaitan 'Avengers' yang ingin anda sekat.

Sebagai contoh, anda tidak ingin tahu siapa yang akan mati di dalam filem itu, jadi tambah saja perkataan 'mati' di situ.

Extension ini berfungsi di pelbagai platform termasuklah Facebook, Reddit, Twitter dan YouTube.

Apa sahaja kandungan yang berpotensi mempunyai spoiler, maka ia akan ditutup dengan kotak berwarna merah.

Ciri 'mute' di Twitter

Salah satu platform yang mempunyai potensi paling besar dalam memaparkan spoiler adalah Twitter.

Mana tidaknya, tweet-tweet pengguna begitu banyak dibuat dan spoiler 'Avengers: Endgame' adalah salah satunya.

Daripada anda memutuskan untuk berhenti seketika membuka Twitter semata-mata nak menjauhi spoiler, mungkin lebih baik jika anda menggunakan ciri 'Mute'.

Sekat sahaja tweet-tweet yang mempunyai apa saja perkataan yang tidak diiingini.

Misalnya anda boleh memasukkan perkataan 'Avengers', 'Thanos', 'Captain America' atau 'Iron Man' untuk disekat dan tidak dipaparkan dalam tweet yang lalu pada akaun anda. Boleh juga masukkan hashtag #avengers, #avengersendgame, dan sebagainya.

Untuk menggunakan ciri ini, pergi ke ikon profail anda di Twitter dan buka menu 'Settings and Privacy' > Privacy and safety, kemudian scroll ke bawah ke bahagian Safety dan pilih Muted serta Muted Words.

Selepas itu bolehlah memasukkan perkataan atau hashtag yang ingin disekat. Selain itu anda juga boleh menentukan durasi sekatan perkataan-perkataan tersebut.

Tunggu apa lagi? Dua cara ini sedikit-sebanyak membantu anda menghindari spoiler 'Avengers: Endgame' yang sedang tersebar di dunia maya.

Daripada anda takut-takut melayari internet atau naik angin atau memaki spoiler, cuba sahaja cara-cara ini. -Kumparan

spoiler, Avengers, Thanos

Artikel Lain