suria

Huawei gegar 2019 dengan Nova 4, peranti sempurna untuk ‘gamers’ dan kaki ‘selfie’

Telefon bimbit terbaharu dari Huawei.

JIKA tahun lalu, pengeluar telefon pintar Huawei mencipta fenomena dengan model P20 dan P20 Pro, kali ini mereka sekali lagi ia tampil dengan ciptaan penuh inovasi, Nova 4.

Dilancarkan secara global pada Disember lalu, ia pertama kali dipamerkan di Malaysia pada Rabu dan akan mula dijual kepada orang ramai bermula 14 Februari depan.

Dengan harga mampu milik serendah RM1,899 sahaja, Nova 4 disifatkan sebagai peranti serba lengkap.

Cukup menawan, dihadirkan dengan warna hitam dan crush blue.

Ia bukan sahaja sesuai untuk kaki fotografi, malah teknologi yang dibangunkan menjadikan ia sebagai peranti paling sesuai untuk gamers di luar sana.

Bercerita mengenai fungsi kameranya, ia hadir dengan tiga kamera di bahagian belakang.

Ia merangkumi lensa utama dengan kamera 20 megapiksel, kamera 16 megapiksel untuk wide angel dan kamera 2.4 megapiksel untuk bokeh.


Tiga kamera belakang untuk fotografi yang lebih baik.

Malah, ia menjadi senjata yang cukup hebat untuk mereka yang suka berswafoto dengan kamera depan 25 megapiksel.

Ia turut mencatat rekod sebagai kamera depan yang memiliki lensa paling kecil dengan saiz 3.055 mm sahaja.

Hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan crush blue, peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 3750mAh, sesuai untuk penggunaan dalam jangka masa panjang.

Ketahanan bateri, paparan serta processor yang mantap untuk gamers.

Seperti yang dinyatakan di atas, ia juga sesuai untuk peminat sukan eletronik (e-sports) atau lebih senang disebut sebagai gamers.

Dijana denga Kirin 970 porcessor dan RAM berkapasiti 8GB dan ruang simpanan 128GB, ia menjadikan penggunaan anda lebih pantas dan lancar.

Antara fungsi lain yang menarik ialah spotlight reel yang mana ia membantu anda untuk membuat suntingan video pendek.

Spotlight reel untuk mereka yang gemar menyunting video.

Ia pastinya memudahkan individu yang gemar memuat naik video di laman sosial kerana masa anda dapat dijimatkan dengan menggunakan fungsi ini.

Bersama dengan Nova 4, Huawei turut melancarkan MediaPad T5, peranti seberat 460 gram yang dijual pada harga RM999.

MediaPad T5 diperkenalkan seiring dengan Nova 4 menerusi acara di Nexus, Bangsar South pada Rabu.

MediaPad T5 bakal menemui orang ramai bermula 28 Februari depan.

Selain outlet Huawei, anda juga boleh mendapatkan peranti Nova 4 menerusi telco Maxis dan Digi.

Apa lagi... dapatkan tawaran menarik telefon pintar anda dari Huawei sempena Tahun Baharu Cina ini dengan hanya klik di Lazada.




Huawei, Nova 4, Selfie

Artikel Lain