suria

Razer Phone 2 pilihan terbaik kaki permainan video dan e-sport

Razer Phone 2 amat sesuai untuk kaki permainan video.

PELANCARAN telefon bimbit baharu iaitu Razer Phone 2 pastinya menggembirakan kepada mereka yang boleh digelarkan sebagai 'kaki' permainan video.

Jenama telefon ini dihasilkan khusus buat penggemar permainan dalam sukan elektronik atau e-sport.

Razer Phone 2 yang telah dilancarkan di Amerika Syarikat baru-baru ini dijangkan bakal menjadi kegilaan kepada pemain video, lebih-lebih lagi pasaran e-sport di Malaysia semakin rancak.

Dua tahun lalu, Razer Phone diperkenalkan buat julung kalinya sekali gus menjadi telefon pintar Android pertama yang mempunyai paparan skrin 120Hz sehingga dan ia pilihan terbaik kepada kaki permainan video.

Berikutan sambutan yang menggalakkan, Razer tahun ini memperkenalkan Razer Phone 2 yang mempunyai prestasi lebih hebat untuk permainan video.

Naib Presiden Mudah Alih Razer Asia Pasifik iaitu Irene Ng berkata, Malaysia menjadi pilihan pertama Asia untuk melancarkan model telefon baharu ini.

Razer Phone 2 berada di pasaran bermula Januari 2019.

"Malaysia menjadi pilihan kerana terdapat banyak peluang pertumbuhan yang besar untuk bidang e-sukan.

“Ini masa yang sesuai untuk kami memperkenalkan jenama ini kerana selain peluang perniagaan yang tinggi di sini, kami juga tertarik dengan sokongan yang diberikan kerajaan terhadap e-sukan.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan, peningkatan terbesar dalam bidang permainan elektronik adalah di negara ini.

Lebih penting Razer Phone 2 didatangi dengan kuasa 'Razer Chroma' yang terkenal dengan sistem cahaya khas untuk permainan video.

IRENE NG

Naib Presiden Mudah Alih Razer Asia Pasifik

“Selain Malaysia, kami juga sedang mengembangkan operasi di beberapa buah negara di Asia Tenggara termasuklah Singapura dan Thailand,” katanya selepas pelancaran Razer Phone 2 di Petaling Jaya.

Malah Irene berkata, pemilihan e-sport pada Sukan SEA di Manila, Filipina hujung tahun ini membuktikan permainan video telah menjadi acara penting dalam sukan antarabangsa.

"Razer akan terlibat pada Sukan Sea nanti dan bakal menyaksikan pingat dipertandingan bagai acara ini," katanya.

Razer Phone 2 menawarkan 30 peratus lebih prestasi berbanding sebelum ini dengan kombinasi baharu iaitu komponen dan penyelesaian masalah pemanasan peranti.


Razer Phone 2 menggunakan perisian yang khas untuk permainan video yang lebih lancar.

Sambutan menggalakkan terhadap Razer Phone yang dilancarkan pada 2017 memberi inspirasi untuk menghasilkan perisian penyelesaian kepanasan yang sentiasa dihadapi oleh semua jenis telefon pintar atau Android yang lain.

Perisian grafik  prosesor unit (GPU) Qualcomm 845 Snapdragon dan Qualcomm Andreno 630 menjadikan ia permintaan aplikasi yang paling laris digabungkan dengan sistem penyejukkan 'Razer vapor champer'.

Razer Phone 2 juga meningkatkan taraf kualiti imej yang lebih baik dengan menyediakan 'dual-camera' sehingga 12 MP lensa telefoto sehingga dua kali fokus.

Ia juga mempunyai 8ML video sokongan dengan resolusi definisi tinggi (HD).

Ia turut tampil dengan gabungan yang mudah digunakan ketika merakam imej sama ada untuk potrait, atau mengambil gambar panorama. Lebih penting Razer Phone 2 didatangi dengan kuasa 'Razer Chroma' yang terkenal dengan sistem cahaya khas untuk pemainan video.

Apa yang penting jangka masa penggunaan bateri menjadi faktor utama pemain video dalam pemilihan membeli Android atau telefon pintar.

Pemain boleh memilih dan mencari pelbagai permainan di Razer Cortex.

Kapasiti bateri yang disediakan sehingga 4,000 mAH untuk permainan sepanjang hari, atau menonton filem menggunakan telefon ini. Lebih istimewa Razer Phone 2 direka tahan lasak dan kalis air.

Razer Phone 2 dicipta sejajar dengan beberapa permainan video terkenal ketika ini seperti PlayerUnknown's Battlegrounds Mobile (PUBG), Rival Crimson x Chaos, Marvel Future Fight, Guns of Boom, RuneScape dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga pemain video boleh mencari pelbagai jenis permainan di Razer Cortex yang berada Google Play Store dan juga boleh dimuat naik oleh Android yang lain.

Razer Phone 2 yang baharu ini berharga RM3,449 dan boleh didapati secara di atas talian termasuk di  Lazada, Shopee  dan sebagainya.

Anda boleh klik ke pautan Lazada, Shopee  ini untuk membuat pilihan dan pembelian.

Selain itu ia juga boleh didapati menerusi pelan Maxis dan U Mobile mengikut kontrak bayaran ansuran.

Razer Phone 2

Artikel Lain