suria

Makanan pedas boleh bantu sembuhkan demam? Cuba 5 lagi cara ini

Demam membuatkan aktiviti harian seseorang terganggu. -foto Times of India

DEMAM boleh membuatkan produktiviti seseorang itu menurun. Peningkatan suhu tubuh, sakit-sakit badan, kepala dan adakalanya ditambah dengan batuk dan selsema membuatkan mereka yang demam berasa tidak selesa dan serba tak kena.

Bagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana terdapat pelbagai cara ringkas yang boleh dicuba untuk meredakannya, selain makan ubat.

Memetik laman Times of India, berikut disenaraikan beberapa cara mudah yang boleh dicuba.

1. Berendam dalam air suam

Jika anda fikir cara efektif menurunkan suhu badan ialah dengan berendam dalam air sejuk, anda salah. Ini kerana air sejuk membuatkan suhu tubuh yang panas menjadi bertambah panas. Sebaliknya, dengan menggunakan air suhu sama, iaitu suam, ia sangat membantu untuk mempercepatkan proses untuk sembuh.

2. Mandi dengan span

Jika tidak mahu mandi dengan air suam, alternatif lain ialah dengan menggunakan span. Tekap atau sapu bahagian ketiak dan celahan anggota badan dengan span yang dibasahkan. Anda juga boleh letak kain lembab di dahi dan leher untuk membantu mengembalikan suhu tubuh normal.

3. Minum air halia panas


Minum air halia panas membantu menurunkan suhu badan. 

Mengambil secawan air teh halia panas juga dikatakan membantu mereka yang demam. Untuk membancuhnya, hanya masukkan setengah sudu halia cincang dalam secawan air panas. Tapis hampasnya dan segera minum.

4. Makan makanan pedas


Makanan pedas mungkin dapat membantu orang demam!

Tahukah anda bahawa makanan pedas juga membantu menyembuhkan demam? Ini kerana adanya komponen utama dalam cili iaitu kapsaisin. Zat ini dapat membuatkan seseorang berpeluh dan meningkatkan peredaran darah dengan cepat. Jadi, anda bolehlah mempertimbangkan untuk menambah cili atau kepedasan ke dalam makanan jika sedang demam.

5. Minum banyak air putih

Jagalah agar tubuh anda sentiasa terhidrasi ketika demam. Minumlah sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas air sehari supaya air kencing anda jernih. Dengan cara ini, ia dapat menggantikan cairan dan mineral dari tubuh yang hilang, serta membuatkan demam cepat sembuh.

6. Stokin basah

Stokin basah boleh jadi penawar demam. Basuh dulu kaki anda dengan air suam, rendam sepasang stokin dalam air sejuk dan keluarkan ia. Pakai stokin basah itu dan di atasnya, sarungkan sepasang lagi stokin kering.

demam, penawar, sembuh, tip, panas badan

Artikel Lain