suria

Tahukah anda lebihan makanan tambah 'mesra' jika disimpan dalam peti sejuk

Sesetengah makanan lebihan sebenarnya lebih sedap jika disimpan lebih lama.
LEFTOVERS atau lebihan makanan biasanya kita akan simpan dalam peti sejuk - iyalah mana tahu tiba-tiba rasa lapar waktu tengah malam!

Bagaimanapun ramai beranggapan lebihan makanan tidak sepatutnya disimpan kerana ia mungkin sudah tidak elok atau basi pada keesokan harinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui tip mudah kurangkan masalah berdengkur

Namun sebenarnya terdapat banyak makanan yang jika disimpan dalam peti sejuk akan bertambah sedap atau 'mesra' rasanya selepas dua hari disimpan.

Ada sebabnya makanan itu menjadi sedap yang antaranya disebabkan oleh tindak balas kimia terhadap bahan-bahan digunakan yang meningkatkan rasa hidangan tersebut.

Menambah bahan segar boleh menjadikan lebihan makanan lebih enak. 

Jika anda mahu makanan lebih sedap selepas beberapa hari ia dimasak juga boleh dilakukan, caranya dengan memastikan bahan seperti daging yang digunakan diperasakan dengan betul.

Selain itu, ketika memasak juga tidak boleh tergesa-gesa dan biarkan semua bahan yang ditumis dimasak dengan baik. Ia membantu meningkatkan rasa hidangan serta jangka hayatnya.

Sementara itu, untuk menyedapkan lagi hidangan tersebut, anda boleh menambah bahan segar seperti sayuran ketika memanaskan kembali masakan yang disimpan.

Penambahan bahan-bahan segar itu dapat membantu menaikkan aroma dan rasa. - EAT THIS

Makanan, Leftovers

Artikel Lain