suria

Zynakal nafi perguna awek berhijab, sekadar simbolik perasaan - “Selalunya perempuan bertudung kuat cemburu”

PENYANYI Zynakal berkata dia tidak berniat untuk mempergunakan wanita demi menaikkan tontonan video muzik lagu terbarunya berjudul Cemburu duet bersama Yonnyboii.

Kata Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 22, idea asal video muzik lagu tersebut adalah sekadar untuk membawa pembaharuan selain jalan ceritanya yang berkait rapat dengan golongan wanita.

“Pendengar lelaki sememangnya akan tertarik dengan kemunculan ramai gadis berhijab dalam video muzik lagu Cemburu itu, namun kami tiada niat nak mempergunakan wanita sebagai tarikan.

“Cuma tajuk lagu itu iaitu Cemburu sememangnya berkait rapat dengan wanita dan selalunya wanita bertudung kuat cemburu,” kata Zyn kepada mStar.

zynakal


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi