suria

“Suruh dia buat rap dulu, lepas tu baru cakap dengan saya” - Sophia Liana cabar pengkritik persoal kemampuan vokal

PENYANYI Sophia Liana membidas komen sesetengah pihak yang menyuarakan rasa kurang senang dengan kemenangannya dalam program Dansa Dansing kerana dikatakan tidak versatil.

Sophia atau nama sebenarnya Sophiatul Liana Mohamed Sobri, 30, menjelaskan dia enggan berpura-pura menjadi individu lain kerana mahu mengekalkan penjenamaan dan imejnya sebagai seorang penyanyi rap wanita.

“Bukannya tak versatil, namun rasanya tak salah saya nak paparkan siapa diri saya sebenarnya. Biarlah saya kekalkan identiti sebagai penyanyi rap wanita.

“Mungkin orang gelar saya sebagai tidak versatil, namun apa kata suruh pengkritik tu cuba rap dulu kemudian baharu kutuk saya,” kata Sophia kepada mStar.

sophia liana, de fam, dansa dansing


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi