suria

Ratu Kala Jengking kisah epik Johor, kahwin dengan 99 lelaki... semua mati lepas malam pertama!

BERLAKON dalam sebuah filem epik yang berasaskan cerita rakyat benar-benar menguji kemampuan pelakon Nadia Brian.

Katanya babak berkemban ketika mandi di dalam sungai menerusi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda menjadi pengalaman paling bermakna buatnya sebagai pelakon.

“Mulanya saya tidak berkemban... tapi apabila pengarah cakap kita perlu ikut babak serta latar masa... ia memerlukan saya berkemban.

“Memang sejuk, setiap babak kami shooting dalam hutan... saya perlukan makeup effects, jadi kena awal,”ujarnya kepada mStar.

Sementara itu penerbit filem ini, Datuk A. Aida memberitahu dia mengangkat kisah ini untuk dijadikan filem bagi membuktikan Malaysia juga mempunyai kisah rakyat yang setanding filem epik Barat.

“Saya ingin mengetengahkan cerita-cerita rakyat Malaysia, kenapa Hollywood boleh buat cerita rakyat mereka... Robin Hood, Cinderella, Show White kenapa tidak kita?"

Filem arahan Bade Hj Azmi ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Februari ini.

Ratu Kala Jengking


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi