suria

Bukan setiap lagu nak melucah, MK K-Clique kata mereka buat lirik ikut selera pendengar

PENYANYI MK daripada K-Clique berkata tidak semua muzik dan lirik lagu yang diketengahkan kumpulan itu berunsur lucah.

Sebaliknya MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, berkata terpulang kepada tafsiran orang ramai mengenai lirik 'double meaning' yang digunakan mereka di dalam lagu.

“Kalau mereka faham, tidak semua muzik yang kami buat adalah lucah, kena lihat pelbagai aspek... ada juga yang ‘double meaning’.

“Kami buat lagu berdasarkan minat pendengar... kalau mereka nak lagu sedih, kami buat lagu sedih... kalau nak kami buat lagu cinta, kami boleh buat lagu cinta,” katanya kepada mStar.

Baru-baru ini K-Clique menerima dua anugerah menerusi kategori Lagu Featuring Hit dan Rappers Paling Onnz dalam Era Digital Muzik Awards (EDMA).

MK, K-Clique


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi