suria

Dikatakan the next Faizal Tahir, Amir Masdi tegas takkan mampu saingi Mr. Ragaman

AMIR Masdi menjelaskan tiada siapa mampu menyaingi pencapaian Faizal Tahir biarpun dia sendiri sering dilabel sebagai pengganti penyanyi yang terkenal dengan lagu Ragaman itu.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, bagaimanapun menganggap pujian yang diberikan sebagai pembakar semangat untuk membuktikan bakatnya dalam bidang nyanyian.

“Banyak juga orang kata yang saya ni pelapis dan the next Faizal Tahir, namun ia membuatkan saya keliru sama ada ia satu pujian atau sebaliknya.

“Tapi saya anggap ia sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya biarpun tiada siapa akan dapat menyaingi kehebatan Faizal Tahir,” kata Amir kepada mStar.

amir masdi, faizal tahir


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi