suria

“Apabila masa dah tiba, Lizzy akan umumkan” - Elizabeth Tan nak perkenal ‘boyfriend’ 2020?

PENYANYI Elizabeth Tan mengakui masih banyak azam bagi 2019 yang belum tercapai walaupun kurang seminggu akan masuk ke tahun 2020.

Namun menurut Elizabeth yang mesra disapa Lizzy, baginya cukup sekadar dia dan keluarga berada dalam keadaan sihat.

“Mungkin banyak azam yang masih belum tercapai, tapi saya seorang yang go with the flow dan tidak rancang sangat untuk masa depan.

“Tapi untuk tahun 2020, diharapkan banyak job lakonan masuk sebab saya memang nak berlakon saja, kalau boleh dah tak nak menyanyi,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Elizabeth gembira kerana muzik video lagu terbaharunya Shh mendapat maklum balas positif daripada penonton.

“Saya nak naikkan standard  muzik video Malaysia, saya paling suka muzik video ini sebab koreografinya lain daripada yang lain.”

Elizabeth Tan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi