suria

Babak tunjuk ‘anu’ tak pernah dibuat lagi – Penonton ketawa dari awal sampai akhir tonton filem Busut Bonang

FILEM Busut Bonang yang bakal ditayangkan pada 19 Disember 2019 adalah pilihan yang sesuai untuk mereka yang menggemari filem bergenre komedi seram.

Diterajui oleh Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah dan Ropie, filem ini mengangkat tema urban legend  yang menyindir segelintir masyarakat Melayu yang masih kuat mempercayai kejadian-kejadian mistik.

Filem ini mengisahkan tentang tragedi kematian Cikgu Hassan menyebabkan timbul cerita orang kampung melihat kelibat arwah berkeliaran di kampung Bonang untuk menuntut pewaris baru.

Sementara itu, Joey, pemilik rancangan televisyen Merungkai Misteri dipanggil untuk menyiasat kebenaran di sebalik kejadian itu.

Dia turut memperdaya Lutfy, penjual jeruk yang ingin mencari pekerjaan baru mengikut dia dan Julia. Malangnya, perjalanan mereka bertiga ke busut telah diganggu oleh penunggu busut menyebabkan mereka sesat.

Tajuk : Busut Bonang 

Tarikh Tayangan : 19 Disember 2019 

Genre : Seram, Komedi 

Idea Asal : Siti Jasmina Ibrahim 

Skrip : Siti Jasmina Ibrahim, Aloy Paradoks 

Pengarah : Khalid Nadzri 

Terbitan : Alfanazra Productions Sdn Bhd 

Pelakon : Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri, Badrolshah, Ropie

Busut Bonang


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi