suria

“Dunia luar banyak negatif, duduk rumah takut terpalit kontroversi” - Fareez Fauzi

PENYANYI Fareez Fauzi menjelaskan dia lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga di rumah bagi mengelakkan karier seninya terpalit dengan sebarang kontroversi negatif.

Fareez atau nama sebenarnya Fareez Hazwan Fauzi, berkata, dia hanya mahu dikenali melalui bakat suara tanpa sebarang isu yang buruk.

“Sebenarnya saya lebih gemar luangkan masa bersama keluarga di rumah, terlalu banyak benda negatif terjadi menyebabkan saya takut karier terpalit dengan perkara tidak elok.

“Saya cuba untuk mencapai kejayaan dalam bidang hiburan dengan bakat tanpa sebarang kontroversi. Tapi ada juga yang berkata kontroversi selalunya memberi publisiti yang baik, tapi nak buat macam mana memang tiada isu hangat yang terjadi kepada saya,” kata Fareez kepada mStar.

fareez fauzi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi