suria

Da'i Farhan punya hal, netizen buat petisyen minta singkir gelaran geng ‘ustaz selebriti’

KEKECOHAN yang berlaku di laman sosial mengenai isu Da'i Farhan berkahwin semasa isterinya sarat mengandung telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi temubual mStar, Da'i Farhan atau Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkata dia tidak dapat menepis jodoh dengan isteri keduanya itu selepas 18 kali menolak cinta wanita lain yang menawarkan diri menjadi isterinya.

Rata-rata warganet kurang senang dengan respons Nik Farhan berhubung perkahwinan keduanya sehingga netizen membuat petisyen meminta gelaran Da'i, Pencetus Ummah, Imam Muda atau segala ustaz selebriti digugurkan.

Dalam Kenot Brain kali ini, team mStar mengupas kes berkaitan Da'i Farhan bagi melihat perspektif orang awam, wartawan dan wanita.

Da'i Farhan, Kenot Brain


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi