suria

“Orang yang cuci kotoran bukan individu baik di mata mereka” - Hans Isaac

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac, sedar terdapat pihak yang mempersoalkan tindakan perbadanannya bersama stesen penyiaran untuk memberi lebih peluang kepada pelakon veteran dengan tidak membenarkan pelakon muda disolek menjadi tua dalam drama dan telefilem.

Hans, 48, berkata, penerbit mempunyai pilihan untuk tidak mengambil kontrak drama daripada stesen penyiaran sekiranya mereka tidak gembira dengan syarat dan terma yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelik juga tengok watak anak dengan ibu hampir sebaya” - Netizen sokong Finas larang pelakon muda disolek jadi tua

ARTIKEL BERKAITAN: Finas jangan ‘angkat’ isu remeh! Pengarah kecewa isu mekap dapat keutamaan - “Lebih baik bantu kami selesai harga content”

ARTIKEL BERKAITAN: Michael Ang bantah larangan Finas solek pelakon muda jadi tua - “Kenapa tak buat undang-undang pelakon kayu dilarang keluar TV?”

“Kalau tak suka, jangan ambil kontrak tersebut. Itu semua persetujuan antara penyiar dan penerbit. Finas tiada hak untuk campur tangan dalam terma yang tertulis dalam kontrak antara stesen penyiar dan penerbit.

“Sewaktu bergelar pelakon dahulu, saya tak akan ambil sebarang tawaran jika tidak berpuas hati dengan syarat yang tertulis di dalam kontrak. Namun tiada pula saya meletakkan kesalahan itu di bahu mana-mana- pihak,” kata Hans kepada mStar.

Datuk Hans Isaac perjelas niat sebenar Finas. Foto: Astro

Pengarah dan pelakon filem Lemak Kampung Santan itu ditemui semasa majlis sidang media program Stand Up Comedy Otai yang bakal bersiaran di saluran Astro Warna pada Rabu.

Dalam pada itu, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, menjelaskan dia juga sedar wujud segelintir individu yang kurang senang dengan tindakannya yang cuba menaik taraf industri hiburan tempatan sejak memegang jawatan pengerusi Finas.

“Saya sedar ramai yang cuba mencari kesalahan apabila saya memegang jawatan dalam Finas, individu yang cuba membersihkan kekotoran selalunya bukan individu yang baik di mata meraka. Ini adalah realiti,” tambahnya.

hans isaac, finas


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi