suria

Neeta rasa pelik dengar suara sendiri di radio - “Padahal dah tujuh tahun jadi penyanyi”

VOKALIS kumpulan Imneeta, Neeta Manisha teruja apabila single Ilusi yang dilancarkan lebih tujuh bulan lalu tiba-tiba menjadi siulan ramai hingga menduduki carta radio tempatan.

Selain itu Neeta yang juga naib juara program Big Stage 2019 berkata dia berasa pelik apabila mendengar suara sendiri di radio sedangkan sudah tujuh tahun bergelar anak seni.

“Sebelum ini lagu yang mendapat high rotation ialah Terima Kasih tapi itu kira-kira tujuh tahun lepas, jadi dah lama tak dengar suara sendiri di radio. Rasa seronok sangat apabila sekarang ni lagu Ilusi kerap dimainkan.

“Perasaan teruja itu seperti di awal kemunculan kumpulan Iamneeta dulu... tak sangka Ilusi diterima baik biarpun sudah lama dilancarkan,” kata Neeta kepada mStar.

neeta manisha


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi