suria

What The! Tajul kantoi asyik karaoke dengan lelaki bersuara perempuan

KARAOKE merupakan salah satu aktiviti yang sering menjadi pilihan pada waktu hujung minggu, begitu juga dengan penyanyi Tajul.

Menurut Tajul, dia menjadikan aktiviti karaoke sebagai salah satu cara latihan suara.

“Kalau di karaoke Tajul akan nyanyi lain orang lain, takkan di ‘show’ nyanyi lagu sendiri lepas tu karaoke nyanyi lagu sendiri juga... bosanlah.

“Tajul juga jarang buat latihan dan dah tak masuk kelas vokal, jadi untuk berlatih Tajul datang karaoke je,” ujarnya kepada mStar.

Menerusi segmen What The!, Tajul terkejut apabila aktiviti karaokenya dikejutkan dengan kehadiran T.H di Ratu Karaoke, Bukit Bintang.

T.H mencabar Tajul untuk menyanyikan lagu Memori Berkasih dengan seorang lelaki bersuara wanita.

Tajul, What The


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi