suria

“Masa tu saya sengkek sangat” - Andi Bernadee 'struggle' cari peluang nak popular

BEKAS peserta program Big Stage musim pertama, Andi Bernadee hairan dengan keputusan Aziz Harun menarik diri daripada program Big Stage kerana baginya penyanyi itu mempersia-siakan peluang yang diberikan.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 28, bagaimanapun menghormati 'drama' berkenaan.

“Kita ni sebagai manusia ada pilihan dalam hidup, tapi bukan selalu peluang besar tu datang. Saya berpendapat ada ramai lagi artis-artis baru yang ada di luar sana amat memerlukan platform Big Stage bagi mengembangkan bakat mereka, lebih baik bagi peluang tu kepada mereka.

“Namun saya mengerti alasan dia (Aziz Harun) yang mahu menyambung pelajaran, tapi saya rasa amat merugikan jika ada peserta lain cuba menarik diri hanya kerana sifat cepat mengalah dan tidak yakin membuat persembahan di khalayak ramai,” kata Andi kepada mStar.

andi bernadee


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi