suria

“Mula-mula minta nombor akaun, lepas tu dia bank in banyak! ” Syafiq Farhain segan 'ditaja' peminat misteri

LUMRAH menjadi selebriti pasti sentiasa mendapat perhatian masyarakat tambahan pula dalam kalangan peminat tegar mereka.

Bagi penyanyi Syafiq Farhain, dia berhadapan situasi pelik kerana terdapat seorang peminat misteri yang banyak memberi sokongan terhadapnya namun enggan mendedahkan identiti dirinya.

Menurut Syafiq, 25, selain sokongan moral dan promosi di media sosial, individu yang tidak diketahui jantina itu juga pernah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya dalam jumlah yang banyak.

“Ada seorang peminat yang sanggup berhabisan wang ringgit demi menyokong kerjaya saya, tapi sampai sekarang saya tak tahu siapa dia.

“Saya pernah mempelawanya untuk berjumpa namun katanya masih belum bersedia. Apa pun saya terharu mempunyai peminat sebegini yang tidak pernah jemu menyokong karier nyanyian saya,” kata Syafiq kepada mStar.

syafiq farhain


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi