suria

"Pegang pesanan arwah, yang lain saya tak peduli" - Syafiq Farhain tetap nyanyi lagu Saleem

PENYANYI Syafiq Farhain tetap dengan pendiriannya untuk terus menyanyikan lagu bapanya, Allahyarham Saleem dalam mana-mana persembahan selepas ini.

Menurut Syafiq, 25, dia juga tidak perlu meminta izin daripada ibu tirinya, Julia Bachok memandangkan lagu-lagu bapanya itu adalah hak milik syarikat rakaman.

"Saya tak pasti apabila dia mengeluarkan kenyataan sebegitu, tetapi apa yang saya ingat, arwah ayah pernah berpesan untuk saya terus menyanyikan lagu-lagu beliau sebelum saya menjadi artis lagi.

"Itu yang saya pegang. Lain daripada itu saya tak ambil peduli.

"Tiada pula ayah melarang saya untuk nyanyi lagu dia," katanya kepada mStar.

Syafiq ditemui ketika hadir ke majlis Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.

Sebelum ini Julia memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya membuat duit menggunakan nama arwah suaminya.

Susulan itu Julia mahu pihak terbabit meminta izin daripadanya terlebih dulu jika ingin menyanyikan lagu Saleem atau berdepan tindakan undang-undang.

Syafiq Farhain, Julia Bachok, Saleem


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi