suria

Pelajar pengsan hidu gas metana daripada sungai tercemar

SEORANG pelajar lelaki dilaporkan pengsan manakala lima lagi muntah-muntah dipercayai terhidu gas kimia di kawasan Taman Pasir Putih, dekat Pasir Gudang, Johor pada pagi Khamis.

Timbalan Ketua Zon 1 Penguasa Bomba Lokman Hakim Sulaiman berkata, menurut laporan awal kebocoran gas dan tumpahan bahan kimia itu yang diterima pihaknya pada 5.15 pagi tadi, terdapat bau yang disyaki gas kimia di kawasan sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang.

"Hasil pemeriksaan terdapat kesan bahan kimia. Gas yang dikesan adalah jenis metana. Pengosongan kawasan telah dilakukan dalam jarak 500 meter melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih," katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua sekolah berkenaan mempunyai kira-kira 1,400 pelajar dan guru. Pelajar yang pengsan telahpun dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan.

Satu sidang akhbar oleh pihak bomba akan diadakan dalam masa terdekat. - BERNAMA

Taman Pasir Putih, Gas metana


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi