suria

"Saya sedang berkenalan dengan beberapa wanita... looking forward" - Zamani

PENYANYI Zamani berkata dia sedang serius mencari teman wanita bagi menamatkan zaman bujangnya.

Malah Zamani, 47, mengakui sedang mengenali beberapa wanita.

Saat Zamani mengakui sudah berpunya

"Adalah saya berkenalan dengan beberapa orang... berkawan biarlah ramai.

"Sekarang saya masih mencari-cari dan looking forward," katanya kepada mStar Online.

Zamani ditemui pada sidang media konsert akhir program Gegar Vagansa musim kelima (GV5) pada Ahad malam.

Menerusi program itu Zamani mendapat tempat ketiga GV5 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.

Zamani menyampaikan lagu Bunga duet bersama Billy Zulkarnain

Bercerita mengenai tugasannya untuk menyanyikan lagu rap iaitu Bunga nyanyian asal Altimet, Zamani berkata dia berpuas hati dengan persembahan itu.

“Mungkin nyanyian saya tidak sebaik rappers sebenar namun saya lega apabila mendapat komen positif daripada juri," katanya.

zamani, gv5


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi