Akibat pemandu & penumpang bergaduh, bas terjun sungai hingga ramai maut - Video | mStar

Akibat pemandu & penumpang bergaduh, bas terjun sungai hingga ramai maut

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2018 3:01 PM

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) daripada bas yang terjunam ke dalam sungai bersama 15 penumpang termasuk pemandu di bandar Chongqing, China mendedahkan punca sebenar insiden.

Berdasarkan video, bas berkenaan hilang kawalan selepas seorang penumpang bernama Liu, 48, mencetuskan perbalahan dengan pemandu kerana dia terlepas hentian yang ingin dituju.

Keadaan bas selepas berjaya ditarik naik dari sungai pada Rabu malam. -foto AP

Geram dengan tindakan pemandu yang enggan memberhentikan bas, penumpang itu bertindak memukulnya dengan telefon bimbit hingga hilang kawalan.

Ia berbeza dengan laporan awal berhubung kejadian pada 28 Oktober lalu bahawa insiden berpunca daripada tindakan pemandu bas cuba mengelak daripada sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Bangkai bas berjaya ditarik keluar dari sungai berkedalaman 71 meter pada Rabu malam.

Sehingga kini 13 mayat berjaya ditemui namun dua lagi masih hilang.

Tags / Kata Kunci: Chongqing , China

iklan