suria

“Biarlah nak duduk terkangkang pun, janji suara sedap” - Man Bai

PENYANYI Man Bai menegaskan dia mahu mendapatkan bakat baru dalam bidang nyanyian yang boleh menjadi diri sendiri tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman turut mendedahkan kebanyakan artis baharu terpaksa mengikut telunjuk pihak pengurusan sehingga mereka terpaksa menjadi fake dihadapan peminat dan wartawan.

Man Bai cari bakat baru untuk diketengahkan

“Saya tak nak bakat fake, kadang-kadang ada program realiti membentuk bakat baru untuk berlakon dihadapan wartawan.

“Biarlah bakat baru itu menjadi diri sendiri, nak duduk terkangkang atau macam mana pun janji suara dan penyampaian individu tersebut luar biasa," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kau Ilham ku ini ditemui semasa sidang media pencarian bakat #WhenMusicSpeaks yang bakal bermula 4 Novermber ini yang turut memperkenalkan Man Bai dan penyanyi Aishah sebagai juri program tersebut.

Man Bai, 50, turut mendedahkan dia pernah mengalami keadaan sukar di awal pembabitannya dalam bidang muzik.

Man Bai mahu bakat baru menjadi diri sendiri

“Budang-budak baru yang di grooming terpaksa mengikut pelbagai pantang larang.

“Berbeza dengan situasi yang saya alami semasa mula-mula berkecimpung dalam dunia nyanyian apabila hidup saya boleh dikatakan tunggang-langgang, malah saya pernah tidur di tepi jalan," tambah Man Bai.

man bai


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi