Tular video ahli politik tunjuk kuasa, bekas wakil rakyat minta netizen 'move on' - Video | mStar

Tular video ahli politik tunjuk kuasa, bekas wakil rakyat minta netizen 'move on'

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2018 2:14 PM

VIDEO perlakuan bekas Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan betegang urat dengan anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kembali tular di media sosial pada Jumaat.

Menerusi video itu, Tan kecewa kerana anggota polis bertugas enggan membenarkannya melepasi had kawasan larangan lapangan terbang.

Kejadian berlaku pada 9 April 2016 apabila ahli DAP, Ooi Leng Han dihalang memasuki ke Sarawak menjelang pilihan raya negeri tahun itu.

Berdasarkan komen di media sosial, pengguna Facebook mengkritik Tan kerana bersikap sombong dan tidak mengikuti protokol keselamatan di lapangan terbang.

"Saya beritahu pegawai polis bahawa tidak mengapa jika kami tak boleh masuk dan berjumpa dengan pegawai imigresen. Namun saya berharap dapat bercakap dengan mereka melalui telefon di kaunter.

"Saya tunjukkan kad kuasa bagi buktikan identiti. Lapangan terbang Kuching berada di kawasan Stampin dan saya adalah wakil rakyatnya.

"Ketika itu saya hanya mahu menjalankan tugas untuk berbincang dengan pegawai bertugas," katanya ketika dihubungi pada Jumaat (12 Oktober).

Bagaimanapun Tan berkata dia tidak terkejut berhubung kemunculan semula video itu.

Namun Tan berkata, kini sudah tiba masanya untuk semua pihak 'move on' mengenainya.

Tags / Kata Kunci: Julian Tan , DAP

iklan