Nasi beriani dalam kelapa, jauh sebatu pun dapat hidu aroma pikat selera - Video | mStar

Nasi beriani dalam kelapa, jauh sebatu pun dapat hidu aroma pikat selera

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2018 6:30 AM

NASI beriani dalam belanga mahupun di dalam buluh mungkin terlalu biasa.

Berbeza di Tengga Briyani Bandar Sri Damansara, ia dihidangkan di dalam kelapa.

Ya! Nasi beriani yang sudah dimasak ini dikukus semula di dalam buah kelapa muda hingga ia mengeluarkan aroma yang sangat lazat!

Menurut pemilik Tengga Briyani, Dalnor Zachary, 25, idea sajian nasi beriani di dalam kelapa muda ini dibuat bagi mewujudkan kelainan.

"Saya dah cuba beberapa jenis bisnes dan kali ini ingin mencuba nasib dalam bidang pernigaan makanan.

"Nasi beriani dimasak menggunakan resipi turun-temurun. Berdasarkan pandangan keluarga dan rakan, mereka menyatakan idea nasi di dalam kelapa amat baik kerana ia memberikan aroma serta sensasi tropika yang menyelerakan.

"Kerana reaksi positif itu, maka saya mengambil keputusan untuk membuka gerai," katanya kepada mStar Online.

Terdapat tiga pilihan nasi beriani di dalam kelapa iaitu kambing, ayam dan udang selain menu istimewa iaitu kambing goreng.

Harga Tengga Briyani bermula daripada RM16.90 hingga RM19.90.

Oh ya, pastikan anda datang awal kerana restoran ini akan sesak terutamanya pada waktu makan tengah hari.

INFO:

Alamat: No 1, Jalan Cempaka SD, 12/1 Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 12 tengah hari - 11 malam

Nombor telefon: 016-301-3016 or 016-324-1455

iklan