suria

Berangan nak jadi model? Bentuk tubuh dan paras rupa sahaja tak cukup - Engku Sulwani

SERING dilihat memperagakan busana muslimah selain kerap muncul di majlis pertunjukan atau pelancaran jenama fesyen, personaliti media sosial ini sentiasa tampil ceria dan menawan.

Nama Engku Sulwani Engku Ismail mungkin tidak asing dalam kalangan pengguna media sosial khususnya Instagram.

Berkongsi pengalamannya, Engku Sulwani atau lebih mesra disapa Esul, model Muslimah tidak hanya tertumpu pada kecantikan fizikal, sebaliknya personaliti dan bijak merebut peluang mampu membawa seseorang itu ke peringkat yang lebih tinggi.

"Netizen selalunya akan menilai dari luaran. Mereka hanya lihat kita cantik, gah dan sempurna namun sebenarnya ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikecapi.

"Seseorang model itu perlu bekerja secara profesional dan yang paling penting menjaga disiplin terutama dalam hal menepati masa, katanya.

Bukan sahaja cantik, Esul sebelum ini merupakan pelajar jurusan Perubatan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Serdang, Selangor.

Namun kerana minat yang mendalam terhadap industri peragaan, Esul akhirnya memilih kerjaya sebagai seorang model.

"Cabaran sebagai pelajar perubatan amatlah tinggi lebih-lebih lagi ia merupakan hasrat kedua ibu bapa saya.

"Secara peribadinya Esul jenis yang mudah berasa sayu melihat pesakit menderita dengan penyakit mereka.

"Sehingga pada suatu tahap, Esul sedar Esul perlu mencari keseronokan dalam perkara yang ingin dilakukan.

"Modelling adalah minat Esul, katanya.

Menurut gadis kelahiran Kelantan ini lagi, dia bermula sekadar memasukkan beberapa gambar swafoto ke dalam Facebook, akhirnya membawa kepada kerjaya tetap sehingga kini.

"Esul seorang yang gemar berselfie.

"Kemudian ada beberapa rakan yang membuat 'tagging' ke satu akaun Facebook milik kumpulan fotografi dari Kelantan.

"Sejak itu banyak butik-butik tempatan meminta Esul menggayakan pakaian mereka," kata gadis yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.


Engku Sulwani, instafamous, model


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi