Rosmah jangan risau, Program Permata akan diteruskan - Video | mStar

Rosmah jangan risau, Program Permata akan diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 1:50 PM

PROGRAM Permata Negara (Permata) yang bertujuan mengembangkan potensi kanak-kanak akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun berkata, program berkenaan akan diaudit dan dinilai semula bagi mengelakkan pembaziran.

iklan