Polis guna taser, berkas lelaki cabul wanita - Video | mStar

Polis guna taser, berkas lelaki cabul wanita

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2018 1:32 PM

SEORANG penumpang pesawat American Airlines ditahan pihak polis selepas bertindak mencabul seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada Ahad.

CBS Miami melaporkan suspek turut melakukan kekecohan di dalam pesawat dengan menjerit dan mengeluarkan perkataan kurang sopan terhadap mangsa.

Garcia yang enggan keluar dari pesawat selepas diminta berbuat demikian kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan polis.

Suspek kini ditahan dan turut didakwa atas kesalahan menghalang anggota penguatkuasa menjalankan tugas.

Tags / Kata Kunci: American Airlines , Jacob A. Garcia

iklan