Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

PENGGUNA Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terus melahirkan kekesalan terhadap kredibiliti dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan hingga menyebabkan gangguan terhadap aktiviti harian mereka.

Terbaharu, beberapa destinasi sekitar Lembah Klang mengalami gangguan susulan insiden kereta api kargo tergelincir di Stesen Bank Negara, kira-kira pukul 2.58 pagi Khamis.

Susulan insiden itu, KTMB memaklumkan tiada perkhidmatan kereta api melalui stesen KL; Bank Negara; Putra dan Segambut.

Menurut KTMB, insiden itu turut menyebabkan operasi perkhidmatan komuter terhad ke beberapa destinasi saja iaitu Tanjung Malim-Kepong; Pelabuhan Klang-KL Sentral; Tampin/Seremban-KL Sentral dan Batu Caves-Sentul.

Tags / Kata Kunci: KTMB , Bank Negara

iklan