Keringat Wanita Waja

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

PADA usia 64 tahun, Zainab Ibrahim masih menggagahkan diri menggunakan kudratnya untuk  menghasilkan pelbagai jenis alatan tradisional berasaskan besi.

Perasaan cinta terhadap kerja pertukangan besi yang menjadi punca pendapatannya dan suami, Abdullah Ismail, 68, sejak 44 tahun lalu cukup tebal dan mendalam.

Sentuhan emasnya dalam membentuk besi waja secara tradisional membawa kru mStar ke Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor, Pulau Pinang bagi melihat sendiri kecekalan wanita ini.

Tags / Kata Kunci: Pembuat Parang

iklan