Maro,Si Kucing Popular

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 12:20 PM

ANDA meminati dan ingin mendalami budaya Jepun?atau mungkin anda minat dengan makanan- makanan tradisionalnya? 
Mari saya kenalkan anda dengan Maro. 

Seekor kucing istimewa dari negara matahari terbit yang menjadi duta kecil dalam memperkenalkan budaya Jepun kepada masyarakat luar. Berusia 3 tahun, Maro yang tinggal dengan tuannya, Rie Matsui sememangnya seekor kucing yang berbeza dari rakan-rakannya yang lain.

Menurut Matsui, Maro merupakan seekor kucing yang tenang, baik dan mengikut kata..dan kerana sifatnya itulah, Matsui yang juga seorang peminat fotografi mendapat idea untuk memakaikan Maro dengan baju- baju bertema atau cosplay.

Tags / Kata Kunci: maro , kucing , cat , japan , jepun

iklan