suria

Padah Masukkan Botol Deodarant Dalam Kemaluan

PADAH memasukkan botol deodarant ke dalam kemaluan pelajar lain, empat pelajar perempuan sebuah sekolah pemulihan akhlak  Tunas Bakti, Melaka hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

Keempat-empat mereka yang berumur antara 18 dan 19 tahun itu  didakwa melakukan hubungan seks dengan cara memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan di sebuah bilik di sekolah di berkenaan, kira-kira jam 5 petang, pada 9 April lalu.

Kesemua tertuduh yang masih bersekolah didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Mereka  bagaimanapun  mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan hakim Ahmad Sazali Omar.

deodarant, tunas bakti, melaka


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi