suria

Hakim Wanita Islam Pertama AS Ditemui Mati

SHEILA Abdus-Salaam, hakim wanita Islam pertama dilantik dalam sejarah perundangan Amerika Syarikat ditemui mati dalam Sungai Hudson di Manhattan pada Rabu. 

Mayat Sheila yang berusia 65 tahun dijumpai terapung dengan berpakaian lengkap oleh orang awam sebelum menelefon talian kecemasan 911. Sheila yang juga  wanita Amerika-Afrika pertama dilantik sebagai hakim mahkamah rayuan New York  dilaporkan hilang dari rumahnya di Harlem pada pagi hari yang sama.

Sheila Abdus-Salaam, hakim, islam


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi